Monday, October 26, 2015

5 Fakta Pengenalan Makanan Pejal Pertama Bayi

Assalamualaikum.

Apabila menjadi ibu, kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita dari peringkat kehamilan, kelahiran bayi sehinggalah mereka menjadi kanak-kanak yang sihat dan pintar.

Jika dari lahir kita berikan susu terbaik untuk mereka iaitu susu ibu secara esklusif dan apabila bayi kita mencecah 6 bulan, tiba masanya mereka diperkenalkan dengan makanan pejal pertama mereka.


1. Mulakan dengan puri buah-buahan yang dicampur dengan susu ibu / susu formula kerana untuk membiasakan bayi dengan rasa makanan pertama mereka. 
Puri buah-buahan adalah lebih baik diperkenalkan pada peringkat permulaan kerana struktur protein buah-buahan yang mudah dihadam oleh perut.

2. Makanan bayi sehingga 12 bulan DILARANG ditambah gula, garam, bahan pengawer atau serbuk perasa.

3. Perkenalkan makanan bayi menggunakan kaedah 4 Days Rule. Iaitu bayi diberikan jenis makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut bagi mengenalpasti jika bayi elergi pada sesuatu makanan.

Contoh

4. Karbohidrat / Nasi boleh diperkenalkan apabila bayi berumur 7 bulan keatas dan mulakan dengan nasi kosong dahulu selama 4 hari berturut-turut.

5. Pada bulan pertama pengenalan solid food / makanan pejal, bayi boleh diberi makan sekali sehari dan ditingkatkan kepada 2x sehari apabila berumur 8 bulan ke atas.





Wednesday, October 21, 2015

Tertubuhnya BabyLynd Homemade Baby's Food With Love

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Kepakaran BabyLynd adalah membantu ibu-ibu bekerjaya diluar sana untuk memberikan makanan awal bayi yang disediakan tanpa bahan pengawet, disediakan dengan kasih sayang dan membekalkan nutrisi terbaik kepada bayi anda walaupun anda keluar bekerja.

Masalahnya sekarang, ibu bekerjaya tidak sempat untuk menyediakan makanan pejal pertama bayi mereka disebabkan tidak sempat , sukar dikendalikan di taska / rumah pengasuh dan tidak ada pengalaman.

Oleh sebab itu ramai ibu bekerjaya membekalkan makanan proses dalam tin kepada bayi mereka dimana ia mengandungi bahan pengawet dan tidak segar.