Assalamualaikum.
Apabila menjadi ibu, kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita dari peringkat kehamilan, kelahiran bayi sehinggalah mereka menjadi kanak-kanak yang sihat dan pintar.
Jika dari lahir kita berikan susu terbaik untuk mereka iaitu susu ibu secara esklusif dan apabila bayi kita mencecah 6 bulan, tiba masanya mereka diperkenalkan dengan makanan pejal pertama mereka.
1. Mulakan dengan puri buah-buahan yang dicampur dengan susu ibu / susu formula kerana untuk membiasakan bayi dengan rasa makanan pertama mereka.
Puri buah-buahan adalah lebih baik diperkenalkan pada peringkat permulaan kerana struktur protein buah-buahan yang mudah dihadam oleh perut.
2. Makanan bayi sehingga 12 bulan DILARANG ditambah gula, garam, bahan pengawer atau serbuk perasa.
3. Perkenalkan makanan bayi menggunakan kaedah 4 Days Rule. Iaitu bayi diberikan jenis makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut bagi mengenalpasti jika bayi elergi pada sesuatu makanan.
Contoh
4. Karbohidrat / Nasi boleh diperkenalkan apabila bayi berumur 7 bulan keatas dan mulakan dengan nasi kosong dahulu selama 4 hari berturut-turut.
5. Pada bulan pertama pengenalan solid food / makanan pejal, bayi boleh diberi makan sekali sehari dan ditingkatkan kepada 2x sehari apabila berumur 8 bulan ke atas.